Monday, 27 June 2011

+ Diari Hamil +

aku nak berkongsi dengan rakan2 TTC semua..
hari Jumaat lepas, aku pi jalan-jalan kat Warta, Bangi..
tujuan nak beli hadiah utk perkahwinan adik kepada kakak iparku..
majlisnya minggu depan, n for sure aku x boleh nak balik..
minggu depan adalah minggu FET aku.. so aku beli la set kulinari utk dia.. cantik wohhhh.. heehehe..
so, pas beli aku ronda-ronda kat situ...
beli kurma n kismis sbg persediaan semasa aku mengandung nnt.. (InsyaAllah)..
then terjumpa la satu buku ni.. agak menarik.. kale pink n dibalut dlm plastik..
tertarik n teringin nak beli.. so apa lagi beli la.. hehehehe.. mujur dah gaji..
ini la bukunya.. mmg menarik.. 


DIARI HAMIL, penerbit Telaga Biru..
Syarikat yang terbitkan bahan bacaan ilmiah dan agama..
ini petikan daripada diari ni..

DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir..

Bagaimana menggunakan buku ini;

1. Buku ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.

2. panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin..

3. Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.

4. Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang muslim.

5. Checklist catatan ibu. memo ibu, ruang-ruang meletakkan gambar ultrasound bayi dan lain-lain lagi.

6. Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.

7. Hadiah kepada isteri tersayang.

8. Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi..


1 comment:

  1. ya antara buku yg perlu dibaca oleh golongan ibu terutama yg 1st time mengandung

    ReplyDelete