Thursday, 4 August 2011

+ Dia Pergi Jua +

salam dan selamat berpuasa.. 


Buat rakan-rakan TTCian..
Maaf kerana sudah lama aku tidak menitipkan berita..
Atas pertanyaan Hikari, aku kuatkan semangat utk menulis cerita ini..


Dia pergi jua..
Begitu beratnya rasa jari-jemari ini menaip di ruangan blog kecilku ini..
Berat lagi rasanya dugaan yang ku pikul ketika ini..
Sedang jari-jemari ini laju mengetuk keyboard, begitu juga deras air mata ini mengalir..
Air mata yang cuba aku henti dan hapuskan setelah beberapa hari berendam air mata..


Tidakku sangka 27 Julai, 2011 (Rabu) adalah hari terakhir aku membawa kandunganku..
Dalam sibuk mengira usia kandunganku yang masuk 7 minggu..
Dalam sibuk menghitung hari untuk klinik akhirnya dia pergi jua..
Untuk kesekelian kalinya aku tidak sempat untuk menatap imejnya..
Betapa luruhnya hati ini, tidak dapat aku sangkalkan lagi..
Hanya Allah sahaja yang tahu..


Hari tu aku bangun seawal pagi..
Tidak dapat melelapkan mata.. sebab teringatkan suami yang sedang berkursus.. rindu..
Tidak dapat melelapkan mata.. setelah beberapa kali ku cuba..
Tidak dapat melelapkan mata.. aku bangun mengerjakan solat sunat hajat..
Tidak dapat melelapkan mata.. akhirnya, aku capai tuala dan mandi.. 
Selepas solat subuh, aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja..
Aku ke tempat kerja seperti biasa..
Tiada tanda-tanda yang menunjukkan perkara-perkara yang luarbiasa..
Tiada tanda-tanda sakit di pinggang mahupun di perutku..


Jam 8.00 pagi selepas makan ubat duphaston dan memasukkan ubat utrogeston..
Perutku rasa memulas.. sekejap-sekejap ku rasakan.. selang 5 minit, perut memulas-mulas..
Ketika ini, sakit masih belum terasa.. tetapi Jam 10.00 pagi.. perutku sudah mula sakit..
Aku bergegas ke tandas.. Aku fikir sakit perut itu disebabkan ingin membuang air besar.. 
Lain yang ku fikirkan, lain pula yang jadinya..
Ya Allah, aku terkejut.. berlakunya pendarahan.. walaupun kuantitinya agak sedikit..
Demi Allah.. saat itu yang paling mendebarkan..
Pelbagai persoalan bersarang di mindaku..
Adakah aku akan mengalami keguguran sekali lagi..??


Tanpa melengahkan masa, sahabatku menghantar aku ke Hospital..
Perasaan berdebar-debar, takut, cemas, panik semuanya bercampur baur..
Tambahan lagi perutku yang semakin sakit..
Memang tak tertanggung rasanya tetapi ku tahan jua..
Sakit perut yang bagaimana?? 
Aku pun sama sekali tidak dapat membayangkan..
Adakah seperti sakit senggugut?? 
Bagaimana ingin aku nyatakan, walhal itu tidak pernah terjadi pada ku..
Hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya aku ketika itu..
Menangis?? Ya, aku menangis, merintih dan berdoa di dalam hati agar Allah memelihara kandunganku ketika itu..


Sampai di Hospital, aku terus diarah untuk mengambil darah.. di klinik O&G..
Selesai mengambil darah, aku diminta ke Emergency O&G untuk pemeriksaan..
Saat ini, perutku semakin sakit.. 
Di Emergency O&G, aku menjalani TVS.. 
Dr. memaklumkan bahawa dia tidak nampak apa-apa.. maknanya kosong.. 
Sedih.. aku mula merasa sedih.. belum tiba rezekiku lagi.. Ya, aku Redha padamu Illahi..
Tapi aku yakin dan positif bahawa kandunganku masih ada.. Cuma tidak dapat dilihat..


Dr. menyatakan bahawa darah yang keluar adalah berkemungkinan adalah darah period..
Tetapi Dr. akan mengesahkannya dengan keputusan darah.. 
Dan aku diminta untuk menunggu keputusan darah tersebut dalam tempoh masa 
lebih kurang 2 jam..
Ketika menunggu, aku tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Illahi..
Mengharapkan keajaiban berlaku padaku..
Ketika menunggu, sakit perut semakin kuat.. Memulas-mulas.. Berpusing-pusing rasanya..


Jam 1.30 petang.. Aku merasa tidak sedap badan dan ingin ke tandas..
Semasa aku bangun, ku rasakan ada sesuatu yang keluar.. 
Seolah-olah darah beku yang besar..
Di tandas, aku lihat di pad ada sebuku besar darah..


Ya Allah.. benarkah apa yang ku lihat.. susah nak ku bayangkan..
Terpaku dan terdiam bisu.. 
Akhirnya air mata deras mengalir di pipi..
Aku keluar daripada tandas dan meluru ke nurse bertugas sambil berlinangan air mata..
Secepatnya, nurse membawa aku ke dalam bilik dan meminta aku menunjukkan kepadanya..
Dia mengesahkan itu adalah janinku.. aku sendiri melihatnya..
Sudah besar.. Boleh ku lihat bentuknya.. 


Ya Allah..
Ketika itu, aku tidak berhenti-henti menangis..
Ketika itu, kalau boleh ingin aku menjerit.. 
Ketika itu, juga aku ingin memeluk seseorang untuk memberikan kekuatan kepadaku..
Ketika itu, aku memerlukan orang yang aku sayang.. suami, mak dan siapa saja..
Tetapi apakan daya.. tiada sesiapapun di ketika itu..


Sendiri.. Ya, aku sendiri..
Sepi.. Ya, aku sepi..
Sedih.. Ya, aku sangat sedih..
Hanya kalimah-kalimah Allah yang membuatkan aku tidak sendiri, sepi dan sedih..
Begitu besar dan hebatnya dugaanMu terhadapku..
Begitu besar, sehingga tak terdaya aku menanggungnya..


Ya Allah, Ya tuhanku.
Apakah dosa hambamu ini?? 
Besarnya dosaku sehingga aku diuji sebegini hebat..
Ya Allah, Ya tuhanku.. 
Sesungguhnya aku tidak mampu lagi menanggung segala penderitaan ini..
Ya Allah, Ya tuhanku..
Sesungguhnya aku tidak berdaya dalam menghadapinya..
Ya Allah, Ya tuhanku..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui..
Ya Allah, Ya tuhanku..
Kau ampunkanlah dosa-dosaku.. 
Kau tabahkan hatiku dalam mengharungi dugaanmu..
Kau berikan lah aku pertunjuk dan hidayahmu..
Supaya dapat aku melalui segala ujian darimu dengan penuh kesabaran..


~ Sabar Itu Indah ~













14 comments:

  1. -:( mama rasa mama tahu apa yang sekarang naz lalui sebab mama dah lalui keadaan macam tu, rasa sakit sangat, bukan sebab sakit perut tu tapi sakit bila harapan dan impian pergi macam tu..kuatkan hati, tabahkan jiwa kerna Allah senantiasa ada yang terbaik untuk kita. Chaiyok!!!

    ReplyDelete
  2. :~(
    Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mu.

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH..berikan ketabahan dan kesabaran kepada hambamu yang sedang menghadapi dugaan darimu....

    take care dear....

    ReplyDelete
  4. Hugsssssssssssss erat-erat....=(

    ReplyDelete
  5. sbar kak...smoga akak tabah melalui smua ini. pasti ada hikmah kak..

    ReplyDelete
  6. allah maha mengetahui apa yg terbaik untuk diri kamu.. sabar-lah..

    ReplyDelete
  7. salam kenalan.menangis saya baca cerita akak ni...sesungguhnya berat betul dugaan akak....kuatkan semangat

    ReplyDelete
  8. salam kak ;) tumpang sedih dgn apa yg berlaku.semoga akak trus tabah.azie tau berat dugaan yg akak tanggung skrg ni.byk2 bersabar ye kak.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih semua atas simpati, semangat,kekuatan dan doa dari kalian..

    ReplyDelete
  10. dear, banyakkan bersabar yer.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, sdihnya..x dpt sy bygkan rsa sdih sbegitu... bsabarlah lah. Dia Yang Memberi & Dia jugalah yg mengambilnya semula.. Atas sbb yg hanya Dia Yg Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  12. Sorry first time jengah blog ni and read about the post..sabar ya yang..sy pn pernah mngalaminya..n siap seluk toilet bowl ambil janin yg ggur tu...Rasa sedih n frust mmg x dpt di gambarkan dah..tapi jgn risau, pasti ada hikmah yg Allah nak berikan...

    ReplyDelete