Wednesday, 19 October 2011

+ Wordless +

Salam Sayang..

ramai duk tanya apa perancangan aku sekarang ni.. selepas last treatment..
what is the next step?? entah??
sepanjang 5 tahun ni banyak yg aku dah buat.. n dah banyak duit habis.. sebut jer.. 

dari segi makanan.. macam2 aku dah makan.. siap diet lagi.. penah mkn herbalife utk kurus..

jenis rawatan.. macam2 dah cuba.. tradisional? rawatan Islam? rawatan Moden? cuma belum berkesempatan nak try rawatan homopeti jer..

ubat-ubatan.. macam2 aku dah telan.. metformin.. clomid.. duphaston.. diane.. dan ada yg inject kat perut lagi.. aku makan juga BioDex.. Bidadari.. n macam2 lagi.. name it..

operation?? dah buat laprascopy.. dah 3x IUI.. 2x prosedur IVF..  

apa lagi yang aku tak buat?? rasa dah tahap maksimum usaha aku ni.. tapiiiii.. masih belum ada rezeki.. nak buat macamana lagi.. cuma aku terkilan sbb ada org mempertikaikan usaha aku ni..

orang kata, usaha tanpa doa x jadi juga.. 

doa?? macam2 doa aku dah baca n amalkan.. banyak doa2 yg aku ambil dr ustaz n ustazah.. juga dari mak, kwn2 dan kenalan..
mungkin kena extra lagi doa.. n kena tingkatkan lagi amalan.. Allah belum nak bagi lagi..

Sekarang ni aku malas nak amik port kalau org nak ckp2 pasal aku.. ada aku kisah??  
utk itu aku dah tubuhkan TABUNG UMRAH utk aku n husband.. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan nak buat Umrah.. nak doa banyak2 kat sana.. kalau boleh nak ajak kwn2 yg seangkatan pergi juga.. mungkin itu usaha yang terakhir.. harap2 semuanya dipermudahkan..




No comments:

Post a Comment