Assalammualaikum dan selamat petang..
Pertama-tama sekali aku ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Illahi..
Dengan kekuasaan dan pemberianNya kepada aku..
Doa ku hampir temakbul kini..
Berkat usaha dan istiqamah aku.. Juga berkat doa dari keluarga dan rakan-rakan..
Untuk pertama kalinya setelah sekian lama.. hampir 6 tahun aku berkahwin..
Pada 5 Januari, 2012.. Hari Khamis.. Hari yang tidak mungkin aku lupakan..
Inilah kali pertama period aku datang secara normal tanpa pengambilan sebarang ubat..
Memang tidak disangka-sangka.. Aku kira ini adalah permulaan yang baik pada tahun 2012..
Untuk aku melangkah ke alam ibu bapa..
Gembira?? Ya, memang aku gembira.. Gembira sangat..
Walaupun sebenarnya perut aku sakit.. Sakit mungkin disebabkan senggugut..
Untuk menjalani rawatan kesuburan..
Aku perlu ambil pil perancang untuk keluarkan darah period..
Walaupun dengan menggunakan pil, darah period aku keluar dalam kuantiti yang sedikit..
Hanya 3 hari sahaja.. Tapi kali ini agak berbeza.. Alhamdullillah.. Agak banyak..
Memang aku sangat gembira.. Tak tergambar rasanya kegembiraan itu..
Untuk membolehkan aku mengandung, aku merancang untuk membeli pil clomid..
Pil yang digunakan untuk membesarkan saiz telur dan meningkatkan peluang kehamilan..
Semoga misi aku kali ini akan berjaya.. Tanpa sebarang ubat daripada Dr..
Ya Allah kau perkenankanlah doa hambaMu ini..
Amin.. Amin.. Ya Rabbal Al Amin..
Amin=))
ReplyDeleteSama-sama kita Usaha)