Wanita : Apa yang perlu dijaga?
Wanita
Perhiasan Dunia, Wanita juga ramai yang menghuni Neraka. Ayuh muslimah,
tutup aurat anda dengan sempurna. Berpakaian kena bijaksana.
Apa yang perlu dijaga?:
1. Bulu Kening
Menurut riwayat Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening.
2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka
(perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)
5. Gigi
Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,
yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh
baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At
Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya
tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (Suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32)
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak
yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan
oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (An Nur :
31).
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,
maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)
"Tiada seorang perempuan
pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud
dan Ibn Majah).
11. Pakaian
"Barangsiapa memakai
pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan
Ibn Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada
maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak
akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
"Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka
memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya
mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
شركة تسليك مجارى بالدمام
ReplyDeleteشركة تسليك مجارى بالخبر
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالاحساء
شركة تسليك مجارى بصفوى وسيهات وراس تنورة
شركة تسليك مجارى بالرياض
شركة تنظيف وشفط بيارات بالدمام والخبر
شركة تنظيف مساجد بالدمام والخبر