Thursday, 9 June 2011

+ 2nd Appointment +

Hari ni 8 Jun, 2011 aku ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengambil planner dan membeli ubat untuk rawatan seterusnya setelah sebulan 1st Appointment dibatalkan. Dengan semangat yang berkobar-kobar aku ke HUKM, jam 8.00 pagi aku dah terpacak depan pintu Klinik MAC..tapi klinik masih belum dibuka lagi..

Apa tujuan aku ke sana??? untuk maklumat dan pengetahuan korang, aku akan menjalani Frozen Embrio Transfer (FET) dengan menggunakan embrio yang disimpan pada Januari, 2010.. Semasa IVF yang pertama dulu kami dapat 6 embrio yang matang pada gred 1.. Dr yang merawat aku Prof Zainul menyarankan supaya 3 drp 6 embrio yang matang untuk ditransfer manakala 3 lagi perlu di freeze dan boleh digunakan pada masa yang akan datang.. Aku bersyukur walaupun IVF aku tidak berjaya dan hanya mampu bertahan sehingga usia 6 minggu, sekurang-kurangnya aku masih ada 3 embrio yang boleh digunakan.. besar harapan aku dan hubby agar 3 embrio tersebut dapat membesar di rahim aku selama sembilan bulan..

Berbalik semula kepada cerita ke Klinik MAC.. Baru aku duduk, nurse cakap Prof tiada di klinik sebab hadir meeting di Putrajaya.. aku yang tadi mulanya bersemangat terus jadi down.. aku tidak dimaklumkan langsung mengenai ketiadaan Prof.. sangat frustrated.. so appointment ditangguhkan sekali lagi..

Nurse tanya sama ada aku dah period atau pun belum.. aku kata belum lagi period sejak keguguran pada Februari, 2010.. muka nurse tu pun selamba jer dia tak tunjuk sebarang reaksi.. agaknya dia dah biasa kot dengan patient yang mcm aku ni.. period slalu terumbang ambing (irregular).. then dia pas kat aku UPT.. uikss.. dia suh aku buat pregnancy test.. nurse kata kot2 aku mengandung.. aku pun mmg suka buat UPT ni.. free jer.. aku dah tau dah mesti result negative punya.. sangkaan aku betul, mmg negative.. aku ada polycystic ovarian syndrome  mmg selalunya miss period sebab ovary tidak menghasilkan telur yang matang..
Lepas buat UPT, nurse mintak aku call klinik semula untuk tahu ubat yang perlu diambil.. so aku kena tunggu lagi.. balik dengan penuh kehampaan..

No comments:

Post a Comment