Thursday, 16 June 2011

+ Beli Ubat +

Hari Selasa (14hb) aku call klinik, diorg suruh datang petang tu juga untuk ambil ubat.. adusss… mana sempat, diorg suruh pilih ubat sama ada nak ambil clomid atau gonal.. aku mmg dah tak boleh pikir.. macam-macam aku tanya pada nurse tu, tapi diorg still cool dan tak marah-marah langsung… tapi aku dah rasa temperature naik sbb kenapa aku yg pula yang perlu buat keputusan untuk guna ubat yang mana satu.. aku harapkan Prof Zainul memberikan suggestion ubat yang perlu aku ambil.. sebab beliau adalah seorang pakar.. mmg macam nak marah la.. tapi bila dengar suara nurse tu cool, aku pun tak jadi nak marah.. so aku decide pi klinik pada esok harinya (15hb)..

Aku terpaksa pi pada petang hari disebabkan pada paginya ada seminar penting di pejabat.. bila masuk klinik, semangat berkobar2 nak tahu ubat yang perlu diambil.. nurse bagitau ubat yang aku perlu ambil dan dia juga maklumkan perkara yang sama iaitu suruh aku pilih sama ada ingin ambil clomid atau gonal. Prof Zainul suruh buat pilihan kerana kedua-dua ubat adalah untuk merangsang ovary tetapi yang membezakannya adalah harga.. so, dia suggest guna clomid, sbb sebelum ni aku pernah guna clomid dan ada respon pada ovary.. so, aku ikut je la cadangan Prof supaya guna clomid dan sekiranya tiada rangsangan pada telur, aku kena suntik puregon.. adussss..

Harga bagi clomid adalah sangat rendah berbanding dengan penggunaan gonal yang harganya mencecah RM 200/suntikan dan suntikan perlu selama 12 hari.. kalau dicongak2, memang tak wajar kalau ambil gonal sedangkan ovary boleh respon dengan clomid.. nurse ckp tujuan clomid adalah untuk merangsang ovary untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu telur dan untuk menebalkan dinding uterus sebagai persediaan sebelum FET.. nurse juga maklumkan bahawa tebal dinding uterus yang diperlukan adalah >8 mm.. aku berharap dengan dan berdoa supaya clomid yang aku makan akan memberikan rangsangan yang paling baik pada ovary dan dinding uterus.

Nurse ada maklumkan, sekiranya telur tidak membesar FET akan ditangguhkan hingga lepas cuti raya..
Lambat lagi la nampaknya.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku.. aminnn.. aku dibekalkan dengan 15 biji clomid untuk makan 3 biji/sehari selama 5 hari dan juga asid folic yang perlu dimakan setiap hari.. dari FET planner, aku kena scan telur pada hari Isnin (20hb).. kalau telur tidak membesar, terpaksa la ambil suntikan puregon.. harap semuanya berjalan dengan baik.. tak sabar nak tunggu minggu depan..

Balik dari Klinik MAC, aku terus telan 3 biji clomid dan asid folic jam 3 petang masa tengah drive.. walaupun dalam kereta tiada stok air aku still telan ja.. nak jadikan cerita, tengah cari ubat dalam handbag boleh pulak aku terlepas brek kereta.. ingatkan dah letak gear kat N, tapi aku silap.. amik ko!!! Gedeganggggggggggg!!!! Aku langgar bumper belakang kereta CRV merah (Kalau tak silap).. tergamam, terpaku, terkejut dan pikir mesti aku kena bayar owner kereta ni.. kopak la aku!!!!

Aku keluar kereta, owner kereta tu pun keluar.. dia terus check bumper belakang kereta dia.. aku pun sama…  perghhhhh!!! Lega giler.. tiada sebarang kerosakan pada kedua-dua kereta.. aku pun mintak maaf pada owner tu dan dia siap pesan kat aku “ Cik, lain kali berhati-hati ya.. “ dengan selambanya dan dengan lemah lembutnya.. masih lagi ada manusia yang macam dia kat KL ni.. heheehhehe.. Alhamdullillah.. lega sangat rasanya..

No comments:

Post a Comment